GEREJA SALIB KUDUS

 

”Rude” atau “Rood” adalah perkatan Bahasa Inggeris yang lama, ia bermakna Salib.

 

Gereja pertama ditempat ini ditubuh oleh Maharaja David 1 dalam tahun 1129, tetapi musnah akibat kebakaran api dalam tahun 1406. Tak berapa lama selepas ini, Lord Chamberlain dari Scotland mengizinkan dan sebuah gereja baru dibena. Dengan ini Nave, South Aisle dan Tower siap dibena pada tahun 1414. Bahagian gereja ini, dengan tiang bulat Scot, gerbang Gothic, dan bumbung berkayu oak, setelah beberapa perubahan, sekarang masih kelihatan sepertimana dahulu.

 

Sebab gereja ini tidak mencukupi tempat untuk perhimpunan, bahagian Choir [atau bahagian timor] dibena diantara tahun 1507 dan 1546 oleh pedagang tempatan dibawah pimpinan John Coutts, Guru tukang batu.

 

Pada tahun 1656 disebab pergaduhan antara kedua dua pendeta dan pengikut nya, majlis perbadanan membena suatu ruang sekatan, yang mana lintasan itu berada, dan membahagikan kedua dua gereja ini kepada Gereja Timor dan Gereja Barat. Kedua dua gereja ini ada pendeta sendiri. Pada tahun 1935 kedua dua perhimpunan ini disatukan semula dibawah seorang pendeta, dan dinding itu dirobohkan apabila pemulihan bermula pada 1936-1940. Pada masa pemulihan itu, kedua dua sayap pendek dibesarkan, bumbung kelengkungan di bena, lantai tempat penyanyi  dan lantai pentas dinaikan. Bilik pakaian paderi dan rumah pengurusan di bena dibawah lantai tempat penyanyi.

 

Pada tahun 1965 dan 1968 bangunan ini lagi dipulihkan, dan pada 1987 sehingga 1993, pengubahsuian besar dijalankan, yang membelanjakan kos lebih daripada 1,250,000 paun.

 

Mary, Permaisuri orang Scot, sembahyang di gereja ini dan John Knox berkhutbah di sini. Anak bayi Mary, James VI Scotland, yang pada kemudiannya menjadi James I England, ditabalkan pada July 1567. Ini bermakna hanya Gereja ini yang telah mengadakan pertabalan raja masih lagi menjadi gereja untuk sembahyang oleh rakyatnya.